PENUBUHAN KOPERASI
Gugusan Kechau mempunyai 12
rancangan Felda iaitu Kechau 1 hingga Kechau 12. Disebabkan berlakunya
perubahan fakta maka hanya Kechau Satu sahaja yang dapat ditembusi peneroka.
Manakala
rancangan selebihnya dijadikan sebagai perladangan (plantation)
Memandangkan terdapat banyak peluang
pekerjaan digugusan Felda Kechau ini maka terbitlah idea untuk kami menubuhkan
koperasi. Kami meneruskan usha dengan membuat persepakatan dengan semua penduduk
untuk tujuan tersebut.
Diatas kegigihan dan usha yang tidak
mengenal jemu dan putus asa yang dilakukan oleh saudara allahyarham Hamzah bin
Mohamad dan saudara Mohd Sharep bin Abdolil maka koperasi berjaya ditubuhkan.
Pada 29 November 2002, koperasi telah didaftarkan dibawah seksyen Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) atas nama Koperasi Felda Kechau Satu Berhad.
Ketika
penubuhan dijalankan seramai 112 orang telah diterima menjadi anggota koperasi.
Mohd Sharep b Abdolil Hamzah b Mohamad
Mohd Sharep b Abdolil Hamzah b Mohamad
Boleh dikongsi
BalasPadam