LEMBAGA KOPERASI



LEMBAGA KOPERASI


Koperasi mempunyai 12 orang ahli jawatankuasa yang dipanggil anggota koperasi.
1.   Tiga orang  ahli lembaga pengarah (ALP) terdiri dari:

     i-   Pengerusi
     ii-  Setiausha
     iii-  Bendahari

2.   Enam orang yang lain sebagai jawatan kuasa (ahli lembaga koperasi /ALK)
3.   Mereka ini sebagai peneraju yang akan mengendalikan semua aktiviti koperasi.
4.   Setiap program atau aktiviti yang akan dijalankan adalah dibincangkan dalam mesyuarat lembaga terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan semua pehak.



MESYUARAT
a.   Mesyuarat lembaga akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempuh dua bulan.                Perbincangan mengenai segala kegiatan koperasi,isu-isu semasa dan program-program yang akan dilakukan akan dibincangkan dalam mesyuarat ini.

b.   Mesyuarat agung dijalankan pada akhir tahun kewangan koperasi setiap tahun.
Pembentangan segala urusniaga koperasi,aktiviti,dividen,perubahan organisasi dan sebagainya akan dilapurkan melalui mesyuarat ini.
       
c.   Setiap anggota yang menghadiri mesyuarat akan menerima wang elaun kehadiran sebanyak Rm 40.00 (ketika ini/mengikut perubahan semasa)

KURSUS

a.   Koperasi akan bertanggung jawab memberi pendidikan kepada anggotanya.
Mereka-mereka ini akan diberi kursus jangka pendek dari segi pengendalian koperasi, seperti kursus pengurusan,pentadbiran,kewangan,setiausha,undang-undang koperasi, ICT dan apa juga yang berhubung kait dengan koperasi hinggalah kursus-kursus keushawanan.

b.   Kursus ini diutamakan atau dititik beratkan kepada mereka yang memegang jawatan sebagai lembaga koperasi.
Segala biaya kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh koperasi.

c.   Penganjur utama kursus terdiri daripada Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Angkatan  Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

d.   Kursus ini dibuka kepada semua lapisan serta berbagai Agensi sama ada kerajaan maupun sewasta dengan kadar bayaran paling minimum.


                                  

                KURSUS CCT 419 ASAS MEMBANGUNKAN BOLG PADA 10 –12.7. 2012

2 ulasan:

  1. Mana-mana agensi yang ingin mengikuti kursus jangka pendek yang dianjurkan oleh ANGKASA sila berhubung dengan mereka.

    BalasPadam
  2. Pada 29.11.2012 yang lalu koperasi telah mengadakan mesyuarat agong tahunan bagi kali ke 08, telah meluluskan elaun kehadiran mesyuarat agong dinaikkan dari Rm40 kepada Rm50/anggota.


    T

    BalasPadam