Sabtu, 15 September 2012

KEANGGOTAAN



KEANGGOTAAN


1.       KELAYAKAN

Kelayakan menjadi anggota koperasi ini terbuka kepada peneroka, penerokawati serta keluarga yang menetap di Felda Kechau Satu.

2.       SYARAT LAYAK MENJADI ANGGOT
           
a.    Warga negara Malaysia
b.    Telah mencapai umur 18 tahun.
c.    Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan yang mana koperasi ini beroperasi
d.    Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa atau sabitan bagi kesalahan boleh daftar atau tidak berupaya dari segi mental atau bankrap yang belum dilepaskan atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

3.         FEE MASUK

a.    Setiap permohonan menjadi anggota dikenakan fi masuk sebanyak Rm 10.00. Fi masuk ini menurut perenggan 50(a) Akta, akan dikembalikan jika permohonannya ditolak.
            b.    Bekas anggota yang ingin masuk semula dikenakan fi sebanyak Rm 20.00.
c.    Menurut seksyen 28 Akta, setiap orang yang diterima menjadi anggota hendaklah menjelaskan wang syer sebanyak Rm100.00 bagi melayakan segala hak dan kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.

MODAL SYER

a.         Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan Rm 100.00 syer sebagai sumbangan minimum kepada koperasi  dan hendaklah dijelaskan dalan tempoh 12 bulan selepas tarikh pendaftaran. Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota  itu tamat.
b.       Mana-mana angota yang gagal melanggan syer fasal (1) boleh disingkir.
Ketahui lebih lanjut dalam UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI  bahagian  VI  ASET  DAN  WANG KOPERASI

PEMBAHAGIAN  KEUNTUNGAN

           a.      Dividen anggota                         :    10%  (diberi secara berterusan selagi masih       
                    mengekalkan keanggotaan nya)                  }  SemuaAnggota Koperasi.                             
           b.      Honorarium anggota lembaga    :     10%    }  Anggota Lembag Koperasi sahaja  (ALK)
           c.      Kumpulan wang kebajikan         :     10%    }  Semua Anggota Koperasi sahaja    (AK)
           d.      Kumpulan wang pendidikan       :     10%    }  Semua Anggota Koperasi sahaja    (AK)

1 ulasan:

  1. Harap maaf buku undang-undang kecil koperasi belum dapat dimuatkan dalam blog ini.Kini masih dalam usha mendapatkannya.

    BalasPadam