Selasa, 10 Julai 2012

LEMBAGA KOPERASI

LEMBAGA KOPERASI

Koperasi mempunyai 12 orang ahli jawatankuasa yang dipanggil anggota koperasi.

1.   Tiga orang  ahli lembaga pengarah /pegawai terdiri dari:

            i-   Pengerusi
            ii-  Setiausha
            iii-  Bendahari

2.   Enam orang jawatan kuasa (ahli lembaga koperasi)
3.   Mereka ini sebagai peneraju yang akan mengendalikan semua aktiviti koperasi.
4.   Setiap progeram atau aktiviti yang akan dijalankan adalah dibincangkan dalam mesyuarat lembaga terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan semua pehak.

MESYUARAT


a.   Mesyuarat lembaga akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempuh dua bulan.              Perbincangan mengenai segala kegiatan koperasi,isu-isu semasa dan program-program yang akan dijalankan akan dibincangkan dalam mesyuarat ini.

b.   Mesyuarat agung dijalankan pada akhir tahun kewangan koperasi setiap tahun.
Pembentangan segala urusniaga koperasi,aktiviti,dividen,perubahan organisasi dan sebagainya akan dilapurkan dalam mesyuarat ini.
       

KURSUS

Koperasi akan bertanggung jawab memberi pendidikan kepada anggotanya.
Mereka-mereka ini akan diberi kursus jangka pendek dari segi pengendalian koperasi, seperti kursus pengurusan,pentadbiran,kewangan,setiausha,dan apa juga yang berhubung kait dengan koperasi hinggalah kursus-kursus keushawanan.

Kursus ini diutamakan atau diberatkan kepada mereka yang memegang jawatan sebagai lembaga koperasi.
Segala biaya kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh koperasi.















    






1 ulasan: