Koperasi mempunyai 12 orang ahli jawatankuasa yang dipanggil anggota koperasi.
1. Tiga orang ahli lembaga pengarah /pegawai terdiri dari:
i- Pengerusi
ii- Setiausha
iii- Bendahari
2. Enam orang jawatan kuasa (ahli lembaga koperasi)
3. Mereka ini sebagai peneraju yang akan mengendalikan semua aktiviti koperasi.
4. Setiap progeram atau aktiviti yang akan dijalankan adalah dibincangkan dalam mesyuarat lembaga terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan semua pehak.
MESYUARAT
a.
Mesyuarat lembaga akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempuh dua
bulan. Perbincangan mengenai segala kegiatan
koperasi,isu-isu semasa dan program-program yang akan dijalankan akan
dibincangkan dalam mesyuarat ini.
b. Mesyuarat agung dijalankan pada akhir tahun kewangan koperasi setiap tahun.
Pembentangan
segala urusniaga koperasi,aktiviti,dividen,perubahan organisasi dan sebagainya
akan dilapurkan dalam mesyuarat ini.
KURSUS
Koperasi akan bertanggung jawab memberi pendidikan kepada anggotanya.
Mereka-mereka ini akan diberi kursus jangka pendek dari segi pengendalian koperasi, seperti kursus pengurusan,pentadbiran,kewangan,setiausha,dan apa juga yang berhubung kait dengan koperasi hinggalah kursus-kursus keushawanan.
Kursus ini diutamakan atau diberatkan kepada mereka yang memegang jawatan sebagai lembaga koperasi.
Segala biaya kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh koperasi.